Mar 7, 2011

WAHIDDUL RIJAL-BAB 2, scene 8 (indah,,,,terasa indah....2 )


Aku dan Sue bersembang rancak di dalam kereta yang meluncur agak laju. Sue suka bercakap mengenai kerjaya impiannya, seorang penerbit rancangan televisyen. Aku tanyakan apa jenis rancangan yang mahu diterbitkannya bila dapat saja pekerjaan yang diinginkannya itu. Dia suka untuk menerbitkan sebuah rancangan yang berbentuk majalah yang berkisarkan kehidupan tokoh-tokoh yang kurang dikenali tapi banyak memberikan sumbangan kepada mesyarakat.

Aku minta contoh tokoh-tokoh yang dimaksudkannya itu. Dia lalu memberikan nama-nama tokoh yang aku sendiri tidak kenali. Kata Sue mereka banyak menyumbang dari belakang tabir, dan kebanyakan sumbangan mereka dari sudut kerohanian.

Aku kagum dengan semangat dan pengetahuan Sue tentang tokoh-tokoh yang disebutkannya. Pegetahuan Sue dalam sejarah perkembangan Malaysia dan politik tanah air sangat luas. Aku faham kemahuannya untuk menghargai tokoh-tokoh terbabit, tapi adakah anak-anak muda dan orang-orang zaman sekarang peduli, atau lebih tepat adakah rancangan yang ingin diterbitkan Sue akan mendapat sambutan kelak?

Zaman ini artis-artis menjadi sanjungan dan pujaan hingga lupa mereka-mereka ini pada siapa yang patut disanjung. Dakyah-dakyah dan propaganda yahudi dan nasrani cukup kuat memaut dan utuh dalam setiap jiwa anak bangsa aku kini. Yang pentingnya kini, penyelesaian bagi mencari cara bagaimana untuk menarik perhatian anak-anak muda kini untuk kembali memahami erti pegorbanan dan perit maung pejuang-pejuang terdahulu untuk membentuk jatidiri dalam sanubari anak bangsa perlu perlu dikaji dan di laksanakan.

Sue telah menggenggam satu tanggungjawab yang berat untuk digalas tanpa disedarinya. Aku cuma boleh menyokongnya dari segi moral, kerana aku juga ada misi yang sama tapi dari sudut yang berbeza. Itu saja yang mampu untuk ku bantu.

Sedar tak sedar kami telah pun sampai ke tempat tujuan kami. Sue mengajak aku ke pasar malam yang hanya tiga puluh minit berkereta dari kawasan tempat tinggal kami. Aku pandu perlahan mencari tempat parkir.

Ramai sungguh orang yang keluar malam ini untuk membeli barang keperluan atau yang hanya ingin mencuci mata. Tempat meletak kereta juga penuh diisi dengan kenderaan yang berbagai jenis dan jenama. Aku terpaksa berpusing-pusing untuk mendapatkan satu tempat yang sesuai untuk aku letakkan kereta ku.

Aku bernasib baik, tak lama berpusing ada sebuah kereta yang baru meninggalkan tempanya. Aku lalu dengan berhati-hati meletakkan kereta ku di tempat yang agak sempit dan susah untuk aku muatkan kereta ku yang kecil ini.

Aku dan Sue lalu keluar dan menuju ke tapak pasar malam yang sarat dengan peniaga dan orang ramai yang datang dari seluruh pelusuk kota. Kami berjalan dengan Sue sedikit keterbelakang dari ku. Setiba ke tepi jalan raya untuk melintas ke seberang jalan, kami berhenti sejenak kerana walau sudah pukul 11 malam masih banyak kenderaan yang lalu-lalang, tidak seperti di kampung halaman ku.

Aku kemudian memandang Sue, Sue memerhatikan pergerakan lalu-lintas sebelum dirasakan selamat untuknya menyeberang. Aku lantas tanpa agak-agak memegang jari-jemari kanannya untuk memberitahu yang dia selamat bersama aku.



Kami lalu melintas sehingga ke seberang jalan dan terus masuk ke dalam hiruk-pikuk medan perniagaan di hadapan, Sue seperti tidak mahu melepaskan tangannya dari genggaman ku. Terus di genggamnya tapak tangan ku walau aku sudah pun melonggarkan sedikit pegangan ku. Dapat aku rasakan Sue seperti sedikit mengusap-usap belakang telapak tangan ku dengan ibu jarinya.

Aku tidak berani untuk bersuara dan aku senang diperlakukan begitu, aku genggam semula jemarinya dan terus bersama berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Aku perasan yang Sue tiba-tiba menjadi pendiam ketika tangan kami berpaut kemas. Sepatah ku tanya, sepatah dijawabnya. Aku tidak mahu perasaan ini terganggu, aku lantas turut mendiamkan diri dan terus seiring berjalan di sampingnya. Tiba-tiba Sue menarik tangan ku ke satu sudut di mana terletak sebuah gerai yang menjual barangan perhiasan dari manik dan permata tiruan yang pasti akan menarik perhatian kakak-kakak, makcik-makcik, adik-adik yang memandang.

Sue yang kembali tersenyum dan kembali ceria dan petah bercakap seperti biasa, meminta pandangan ku yang mana paling padan dengannya. Satu-persatu dibeleknya, tanpa dilepaskannya lagi akan tangan ku. Aku turut membantu memilih yang ku rasakan sesuai untuknya.

 Malam ini indah ku rasakan, kerana aku secara tidak langsung dapat membaca hati ’nuraini’nya, atau itu hanya perasaan ku semata-mata. Aku juga tidak mampu untuk memulakan kata menyatakan perasaan ku padanya. Biarkan saja begitu. Aku cukup bahagia dengan mu walau tidak ku tahu kenyataan yang sebenar.

Kami kemudian bergerak semula meninjau gerai-gerai yang lain.
Setelah penat berjalan-jalan tanpa ada apa pun yang dibeli, lalu aku belikan minuman yang kualitinya tidak kami hiraukan. Baru kini dilepaskan tangannya untuk memegang cawan kertas yang aku berikan padanya.

Aku dan Sue kemudian duduk di satu sudut yang diterangi lampu jalan dan lampu dari gerai yang berdekatan. Dari situ dapat aku lihat gelagat orang-orang yang datang dengan berbagai ragam dan gelagat. Bermacam-macam jenis fesyen pakaian yang dapat ku lihat. Aku kemudian terpandang akan sekumpulan gadis yang berjalan melintasi kami, pakaian mereka cukup mengghairahkan sesiapa saja yang memandang.



Apabila diusik-usiknya mereka oleh peniaga-peniaga yang lelaki, makin menjadi fe’el  mereka. Mereka suka apabila menjadi perhatian atau menjadi popular sebentar waktu itu dengan personaliti yang aku tak tahu dari mana asal-usulnya. Aku tak faham apa sudah jadi pada bangsa ku kini, yang pelik dikatanya cantik. Padahal kalau nak aku bandingkan dari segi kecantikan dengan Sue yang bertudung dan berbaju sopan ini, ’bagai langit dengan bumi’  adanya.

Mungkin dengan sebab dorongan yang tak secara langsung diberikan oleh mereka yang mengusik-usik menyemarakkan semangat mereka untuk menjadi sedemikian rupa dan hilang rasa malu. Sedang aku rasakan kebanyakan usikan itu adalah satu jenis sindiran dan bukan pujian yang tidak mereka fahami. 

”amboi! Tak lepas mata memandang...” bisik Sue ke telinga ku tiba-tiba.

”eh! Bukan apa Wahid pelik, dia orang ni tak ada perasaan malu ke?” nafi ku.

” pelik ke, suka?” balas Sue.

”ye la, tapi normal la lelaki kalau tak bukan lelaki la namanya.” balas ku mengusik

”hah! Bahaya dengan Wahid ni, tak boleh duduk dekat-dekat.” sambil ketawa Sue menjauhkan duduknya dari ku, mengusik.

” hmmm. tak takut ke mereka kalau-kalau dengan perlakuan mereka tu boleh jadi sebab terjadinya rogol, ke culik ke?” tanya Sue kemudian.

“Sue rasa apa yang jadi penyebab mereka jadi macam tu?” Tanya ku tanpa menjawap soalannya.

”Sue tak rasa ke yang mereka mahukan perhatian?” kata ku menjawap soalan ku sendiri.

”mesti mereka ni nak cari pasangan kan?” balas Sue.

”Sue tak apa lah. Sue cantik senang cari pasangan, tak payah pakai macam tu pun banyak yang tawar diri.” usik ku sambil ketawa kecil teringatkan ceritanya dulu.

” eee... tak nak takut... tambah lagi Wahid, kena hati-hati.” usik Sue pula.

”Sue takut dengan Wahid.?”tanya ku menduga.

“takut tu tak juga, kalau Wahid nak buat apa-apa sue bagi je buah ‘kickboxing’.” Balasnya sambil ketawa.

“eee…takutnya…” balas ku sambil ketarkan sedikit badan ku seperti orang yang sedang ketakutan.

Sue kemudian mencubit bahu kiri ku dan aku hanya balas dengan ketawa yang agak kuat. Kami kemudian berlalu dari situ menuju ke kereta untuk bertolak pulang bila disedari malam semakin larut. Sepanjang perjalanan pulang, cerita mengenai anak-anak bangsa ku yang sudah tersasar itu menjadi bualan hangat. Kami seperti sedang mengumpat dan menjadikan bahan ketawa perihal kejahilan yang terhidang di depan mata kami tadi. Aku juga jadi lupa diri dan ketawa tidak henti-henti dengan bebelan Sue.

Sampai saja di hadapan perkarangan rumah sewa Sue aku lantas mengucapkan terima kasih padanya. Sue dengan muka agak hairan bertanya untuk apa ucapan perkataan itu. Aku cuma katakan kerana dia sudi keluar dengan ku. Selama ini ucapan itu hanya aku simpan dalam hati tapi hari ini keyakinan ku untuk ungkapkannya cukup kuat.

Sue kemudian tersenyum lalu memberi salam kepada ku dan berjalan menuju ke perkarangan rumah sewanya. Lalu dia berhenti di situ dan kembali memandang ku, lalu dilambainya tangan kepada ku. Aku kemudian memandu pergi dari situ, aku tahu yang Sue hanya masuk setelah kelibat kereta ku hilang dari pandangannya.

Malam ini bahagia ku rasakan. Pintu hati ku telah dikuak sepenuhnya oleh Sue. Namun aku masih ragu-ragu untuk menyatakan perasaan ku padanya. Cuma perlakuan ku saja yang ku harap dapat Sue fahami. Aku harap Sue memahaminya. Terima kasih Sue, terima kasih kerana telah mengisi hati ini yang sudah lama kesunyian.

”Sue... aku sayang pada mu!” jerit ku sekuat-kuatnya dari dalam kereta.





No comments:

Post a Comment