Mar 20, 2011

WAHIDDUL RIJAL-BAB 2, scene 10 ( "3 BULAN" )

3 BULAN


BULAN 1



Kakak menghantarku dengan kereta mercedesnya. Bangga juga aku apabila orang sekeliling memangdangku seperti teruja. Kereta Mercedes berwarna merah itu belum diservis katanya. Sesampainya kami di asrama, kakak membuka bonet enjin dan membiarkanya terbuka untuk menyejukkan enjin kereta. Jadi, aku terpaksa mengangkat dahulu beg sandang, dan beg baju naik ke asrama. Aku bernasib baik kerana kami sampai agak awal dan aku dapat memilih tempat yang aku suka untuk dijadikan tempat aku berlabuh kelak. Walaupun katil dua tingkat itu agak usang dan seperti mahu roboh, namun aku tidak kisah, asalkan aku boleh tidur. Tetapi apa yang terjadi adalah disebaliknya…
            Aku berasa gembira setelah semuanya selesai; urusan asrama, kemas bilik, dan sekarang masa untuk rehat seketika. semestinya di atas katil adalah tempat kegemaranku! Terlupa pula untuk kuceritakan tentang teman sebilikku. Emm, namanya Umi Syamira, ku panggil Umi. Mempunyai tarikh lahir yang sama denganku, umur yang juga sama, juga anak bongsu, sama denganku. Cuma satu yang berbeza, kedua ibu bapanya sudah bercerai dan Umi kini tinggal bersama ibunya di Kuantan, Pahang.
            Losyen badan yang masih berbaki dan novel inggeris yang ku bawa dari rumah ku capai daripada loker dan kemudian ku panjat ke atas katil, bahagian atas yang aku pilih sejenak tiba di bilik ini. Aku sapu losyen di kaki dan menghempaskan badan perlahan. Ku buka novel dan mula membaca. Dan tulisan di buku itu semakin pudar dan….
            tutut..tutut..tutut…, aku segera mencapai telefon bimbit yang ku letakkan di tepi bantal dan ku tutup ’alarm’. Sudah pukul 6.30 petang. ‘ah! malasnya nak bangun..’. Umi masih tidur. Maklumlah, masing-masing masih lagi kepenatan mengubahsuai bilik. Tapi aku mesti bangun sebab aku belum lagi menunaikan solat Asar. Aku mencapai berus gigi dan pencuci muka lalu kakiku melangkah perlahan ke bilik air. Aku tidak dapat merenung mukaku lagi kerana tiada cermin di dalm bilik air tersebut. Selepas memberus gigi aku cepat-cepat mencuci muka dan kemudian mengambil air sembahyang. Sekembalinya aku ke bilik, satu mesej ku terima. Aku melihat nama yang tertulis di skrin dan ku tersenyum sendirian. ‘Abang rupenye..’, bisikku. Sempat lagi aku mesej dengan adik angkatku yang juga buah hatiku itu. Lima minit kemudian aku mengambil telekung yang ku sangkut di depan loker. Aku letak telefon di atas katil dan menyarung telekung, lalu ku terus menunaikan solat.
            Aku  sudah semakin dewasa sekarang. Kadang-kadang sakit kepala ku memikirkan terlalu banyak perkara yang ingin ku lakukan dalam hidupku ini. Segalanya seperti sudah dirancang. Pada usiaku yang menjangkau 21 tahun aku sudah mempunyai teman lelaki. Walaupun tidak banyak bersosial, aku masih dapat merasai kasih sayang daripada seorang insan yang bernama lelaki. Ibu ku seperti mengerti yang anak kesayangannya ini dilamun cinta. Dilayan sahaja kerenahku yang kadang-kadang ku sendiri rasa meluat akan perangai ku yang  mengada-ngada ini.
            Aku berasal di utara (taklah utara sangat, Perak je), sementara si dia dari selatan. Namun itu tidak menghalang kami untuk berjumpa sama ada aku ke Kuala Lumpur atau dia datang ke Ipoh. Setiap dua bulan kami akan berjumpa untuk melepaskan rindu masing-masing. Aku masih ingat kata-kata ibu, ’keluar, keluar juga sayang, tapi ingat Tuhan, ingat ibu dan ayah, ye..’, kata-katanya yang lembut itu akan ku simpan dan ku bawa ke mana jua. Sudah sampai masanya untuk ku belajar berdikari dan membina hidupku sendiri. Aiman pun selalu membiarkan aku membuat keputusan ku sendiri biarpun yang berkaitan dengan hidupnya. Katanya itu untuk membiasakan aku apabila kami sudah berumah-tangga nanti.
            Aku rasa sungguh bahagia berada disisinya. Malah dia selalu saja memanjakan aku. Apa saja yang aku inginkan pasti ku perolehi. Sampai satu ketika Aiman terpaksa pulang berjalan kaki kerana duitnya habis dibelanjakan untukku.
           


‘hello..assalamualikum abang..’, aku memulakan perbualan.
            ‘waalaikum salam..’, jawabnya ringkas.
            ‘abang ‘maintain’ lagi ke? He he…’, aku ketawa kecil berseloroh
dengannya.  
            ‘hmm..kurang sihat sikit. Sakit kaki..’
            ‘sakit kaki? Kenapa?’
            ‘tak ada apa-apa..’
            ‘takkan sakit kaki kalau tak ada apa-apa?..’
            ‘mmm…abang balik jalan kaki semalam..’, katanya agak perlahan.
            ‘hah! Balik jalan kaki?! La..kenapa tak cakap awal-awal duit abang dah
            habis? Ayang ingat abang main-main je..sori abang…ayang tak sengaja..’
            ‘takpe…lain kali ayang pulak yang kena jalan kaki. Hahaha…’, katanya
sambil ketawa berseloroh.
            ‘oh...ni nak balas dendam la ni…’
            ‘bukan balas dendam, ’just for fun’, haha…’

Begitulah kadang-kadang Aiman melawak denganku. Tetapi aku sudah lali dengan kerenahnya yang selalu saja ingin membuatku ketawa. Malah dia akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaanku walaupun akibatnya akan menyusahkan dirinya sendiri.
            Saat-saat aku bersamanya banyak juga dihabiskan dengan melakukan outdoor activities. Aku gemar melakukan wall climbing atau mountain climbing. Dia suka jungle tracking. Tetapi kami akan melakukan semuanya bersama-sama pada setiap hujung minggu.
            ‘hah! Sue, kau berangan ke?!’,  sergah Umi mengejutkanku.
            ‘weh! Kau ni Umi.. buat aku terkejut je. Kot ye pun bagi la salam dulu.’
            ‘yang kau mimpi siang-siang ni kenapa. Orang mimpi masa tidur, kau
mimpi masa berjaga.’
            ‘hehe..yela, yela, aku dah sudah ni. Nak mandi pulak.’
            ‘okay, lepas mandi kau bagitau aku tau. Kalau lambat nanti penuh pulak.’
            ‘ok!’, jeritku sambil berjalan pantas menuju ke bilik air.
           



Malam itu selepas solat maghrib aku dan Umi bersiap-siap untuk ke gerai untuk makan malam.
            ‘Sue, diorang nak makan sekali dengan kita.’
            ‘siapa?’
            ‘assalamualaikum. Umi, Sue, kitorang nak makan sekali boleh?’, tanya 
Haiza, seorang lagi pelajar SLG yang tinggal di asrama.  
            ‘Sue, ..’
            ‘aku ok je. Jom la.’
            ‘ok, kitorang dah siap, nanti kalau korang dah siap panggil kami tau.’
            ‘ok’, jawabku ringkas.
            Haiza balik ke biliknya yang terletak di hujung hadapan asrama. Dia dan dua orang lagi pelajar SLG sekelas dengannya menginap sebilik. Umi pun satu kelas dengan mereka. Bermakna aku seorang sahaja yang dari berlainan kelas. Aku tak kisah, asalkan aku dapat belajar apa yang sepatutnya aku pelajari.
            Sememangnya takdir ku sudah ditentukan, menjadi seorang penerbit adalah cita-cita ku. Aku masih ingat lagi semasa belajar di kolej dulu, memang aku pelajar tercorot di dalam kelas pengaturcaraan. Aku selalu menghantar assignment lewat. Selalu juga mendapat amaran daripada pensyarah kelasku. Tetapi pada waktu itu aku tidak endah sangat pada kata-kata pensyarah apalagi hendak endahkan kata-kata semangat yang mereka berikan. Kerana padaku subjek pengaturcaraan adalah subjek yang paling membosankan. Bukan setakat itu sahaja, aku sering sahaja tertidur. Yalah, kita sudah setkan di dalam minda kita yang subjek itu membosankan dan itu memberi kesan kepada tumpuan kita di dalam kelas. Kebanyakan assignment yang ku hantar ku tiru sahaja daripada kawan-kawanku. Aku lulus sebab pensyarahku tahu yang aku boleh lakukannya, cuma aku malas, katanya. Ah!, dapat pensyarah pun, pensyarah yang membosankan. Tambahan pula aku tidak begitu rapat dengan pelajar-pelajar lelaki. Maklumlah, aku malu-malu kucing, nak bersembang mesti ramai-ramai, kalau tidak, segan. Tapi itu dulu. Sekarang aku sudah matang dan mula untuk merantau dan melihat dunia luar.
            Sejak aku mengambil kursus penerbitan, menggunakan MySQL Language, aku tinggal berjauhan dengan keluarga, aku kembali bersosial. Aku menganggap orang-orang di sekeliling ku seperti keluarga ku sendiri. Kawan-kawan yang lebih muda daripada ku ku anggap seperti anak-anak saudara ku. Perangai nakal ku kembali. Suka benar aku mengusik hostelmate ku.
            ‘jom berangkat ke gerai’, Umi mengajak mereka bertiga.
            Kami berjalan berlima seriringan. Ada juga budak-budak lelaki bersiul-siul. Perkara biasa. Kalau namanya lelaki, itulah kerja part time mereka. Sampai sahaja di gerai kami mengambil tempat duduk paling tepi. Seorang kakak yang agak tinggi lampai datang mengambil pesanan. Wajahnya cantik, kulit mukanya licin, body boleh tahan tetapi agak berisi.
            ‘patutla ramai pelanggan’, kataku sambil tergelak kecil.
            ‘tau takpe’, sampuk Umi. Kami ketawa. Ramai juga yang memandang. Makllumlah, muka-muka baru yang mengisi kekosongan yang ada di gerai itu. Seronok juga kawan-kawan baru di sini, ramah dan agak mudah untuk didekati. Minggu pertama kami berlima di situ, kami bagaikan bunga dan penyeri di asrama. Kecoh juga apabila kami berlima bersembang dan bergelak ketawa. Macam-macam topik kami bualkan, termasuk topik panas dan gosip. ‘boleh tahan budak-budak ni, tak habis-habis dengan gosip, ade-ade je ceritanya.’, desus ku dalam hati.~~~~~~~~
  


Menarik juga hasil tulisan Sue yang aku terbaca pada mulanya dan kemudian menarik perhatian ku untuk terus aku curi-curi baca tanpa pengetahuannya.
Sue yang sejak dari tadi sedang asyik dengan telefon bimbitnya di ceruk hujung kopitiam yang agak ekslusif untuk pelajar sepertinya.

Adakah ini salah satu diari yang di hasilkan Sue dalam bentuk penceritaan yang agak significant dengan kehidupannya sehari-hari.

Kalau benar adanya, siapa Aiman? Adakah kekasihnya yang dulu pernah dicintainya sepenuh hati, sesuci embun pagi yang tidak tercemar lagi menyembuhkan?

Nak aku baca selanjutnya. Namun tidak ada daya ku untuk meneruskan bacaan ke bab yang seterusnya. Aku seperti dihentikan oleh perasaan takut akan mengetahui sesuatu yang aku harap tidak akan aku ketahui. Aku takut untuk tahu yang Sue masih lagi mencintai ’Aiman’nya. Tidak untuk aku terima keadaan ini setelah aku menjalinkan hubungan seperti sepasang kekasih  walau belum aku nyatakan hasrat aku padanya. Aku pastinya akan cemburu dan tak mustahil untuk satu hari nanti akan jadi bahan ungkitan mengenainya. Lebih baik untuk tidak aku ketahui isi kandungan penceritaan ini selanjutnya.

Sue kembali kepada ku dengan wajah yang agak lebih sedikit cerianya dari tadi.

”siapa yang telefon tadi?” soal ku perlahan.

”umm...” Sue Cuma menggelengkan kepala sedikit membuatkan aku tertanya.

”mama yang call tadi. Mama kirim salam pada Wahid” sambungnya sejenak kemudian.

”waalaikummussalam warahmatullah” balas ku.

”ermm, Wahid. Sue sebenarnya nak tanya sikit ni. Sebenarnya dari dulu lagi Sue nak tanya tapi...”

”tapi apa sayang...?” tanya ku dengan ganti nama yang aku pada mulanya ragu untuk menyebutnya.

 Namun pada satu hari sewaktu Sue baru pulang dari kelas dan aku menjemputnya dari kelas masuk kedalam kereta dan kemudian menangis teresak-esak. Aku yang agak terperanjat waktu itu terus mengeluarkan kata-kata yang sudah lama aku idamkan untuk aku lafazkan padanya, ’kenapa sayang?’. Sejak dari itu aku teruskan dengan kata ganti nama yang aku berikan padanya hingga ke saat ini. Sue juga tidak menolak dengan perkataan sayang yang aku ucapkan padanya sehinggalah ke saat ini.

”Sue nak tanya ni, Wahid sebelum ni sekolah di sekolah agama ke?” tanya Sue yang agak ragu-ragu.

”hahaha... kenapa Sue nampak Wahid ni macam ustaz ke?” balas ku.

”tak adalah, Wahid bila bercakap soal agama mengalahkan ustaz, tapi perwatakan macam biasa je. Pakai seluar paras lutut, baju tight, lagi pakai gelang dengan rantai, Cuma tak pakai subang saja.” balas Sue yang seperti agak marah dengan soal balas ku sebentar tadi.

”seluar paras lutut ni bukankah masih lagi Wahid menutup aurat, masih belum nampak lutut kan?” balas ku yang kemudian ketawa perlahan.

”Wahid... Sue tanya ni. Jawab la dulu. Wahid suka balas pertanyaan Sue dengan pertanyaan. Wahid ni kadang-kadang misterius, susah nak agak perlakuan Wahid tau?” muka Sue semakin merah.

”yelah. Yelah. Jangan la marah ye sayang. Apa soalnya tadi?” tanya ku lagi sengaja untuk membuatkan merah mukanya lebih lama aku tatap sebab aku suka tatap wajahnya yang kemerahan bila marah ataupun malu itu.

”Wahid dulu sekolah di sekolah agama ke?” tanya Sue lagi.

”taklah.” jawab ku ringkas.

”tapi Wahid bila bercakap tentang agama Sue tengok mengalahkan ustaz?” lagi soal dari Sue.

”taklah sehebat mana, Feqahnya, usulnya, fardhu ’ainnya setakat sekolah menengah saja.” jawab ku.

”tapi pengetahuan Wahid tentang agama macam penceramah dalam TV je?” tanyanya lagi.

”tu sebab Wahid suka dengar ceramah agama dari TV.” balas ku sambil ketawa sedikit.

”Sue serius la.” tegasnya.

”baik, baik. Wahid nak jawablah ni. Wahid banyak berdamping dengan orang-orang yang Wahid rasa ada mursyidnya seseorang itu. Seorang guru yang benar-benar mursyid dituntut untuk kita cari. Tapi zaman sekarang cukup susah untuk kita cari orang-orang yang sebegitu. Ada penceramah yang Sue kenal dari dalam TV tu, ada juga yang demanding bila dijemput untuk mangadakan ceramah, minta itu, minta ini."

" Bayaran yang diminta tinggi, walau yang menjemput hanya badan-badan kecil atau jemputan ke masjid. Mana keikhlasan dalam memberikan ilmu? Ada yang sanggup turun dari tempat yang paling mulia dalam kasta manusia Islam masa kini, iaitu dari mimbar masjid lalu turun ke dalam lumpur politik dan kemudian diqada’ kan Allah untuk jatuh sejatuh-jatuhnya, dan sekarang di mana dia."

"Andai mereka ini kenal akan Nya, pasti tidak akan jadi pekara yang semacam ini. Sebab tu lah zaman umat Nabi Muhammad sekarang ini dikatakan sebagai zaman yang paling mencabar, berbanding zaman umat nabi-nabi yang lainnya. ’Susah untuk menjadi umat Muhammad, lagi payah untuk menjadi insan kamil yang bergelar sebenar hamba Allah’.”Syarah ku panjang pada Sue tanpa aku sedari, aku sedikit emosi.

”tapi, mursyid tu apa?” tanya Sue lagi.

”susah untuk Wahid terangkan istilah Mursyid ni. Maksudnya lebih subjektif dari apa yang difahami ahli-ahli ’a’bid’ masa kini. Namun untuk pengtahuan Sue, untuk mencari seorang yang mursyid itu dengan sebelum kita bertanya mengenai sesuatu kita telah pun mendapat jawapan darinya.” balas ku.

”tak faham lah.” balas Sue dengan muka yang sedikit berkerut.

”tak apalah kalau sampai masanya nanti Sue akan faham. Pekara yang semacam ini perlu ambil masa.” balas ku untuk tidak merumitkan pemikirannya.

”Wahid... Sue nak tanya sikit ni.” kata Sue yang nampak sedikit keraguannya.

”tanya apa sayang?” balas ku.

”apa pendapat Wahid pada orang yang berzina?” tanya Sue perlahan seperti takut didengari orang lain.

”kenapa Sue tanya soal ni?”

”tak lah, Sue ada adik angkat. Dia selalu buat benda tu dengan boyfriend dia, dia nak taubat taknak buat lagi, tapi dia masih buat lagi. Wahid rasa macam mana?” tanya Sue dengan mata yang sering dilarikan dari memandang ke arah ku.

Mungkin malu agaknya bagi seorang perempuan sepertinya untuk bertanyakan soalan seperti ini kepada seorang lelaki seperrti aku. Aku dapat rasakan yang soalan ini ingin ditanyakan kepada orang yang sepatut ditanyanya tapi Sue takut kalau dia disalah erti, dan dihukum sebelum dibicara, agaknya. Jadi aku yang ditanya.

”ni soalan yang agak susah untuk Wahid jawab. Sebab ini disebabkan maruah seseorang yang Sue kenal. Wahid mintak maaf terlebih dahulu kalau apa yang bakal Wahid jawab tentang adik angkat Sue ni buat Sue rasa tak senang.”

”pada pandangan Wahid, elok untuk dia sedari yang dia dalam dosa yang telah ditentukan oleh Allah, tapi dia tak boleh terus-menerus untuk melakukan perbuatan itu. Maknanya dia telah memperolokkan taubat yang dia buat. Syari’at wajib dijaga, sebab syari’at kita dari junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W."

" kalau kita ketepikan syari’at, mana sumpah kita, ucapan  dua kalimah syahadah yang kita ucapkan sehari-hari. Andai Syari’at diketepikan, mana ikrar kalimah kedua dalam Dua kalimah Syahadah tu. Ini bermakna kita dah ketepikan kalimah kedua, jika tidak lengkap kalimah Syahadah ini, adakah kita Islam sebenar-benar Islam?” jawab ku dengan penuh tertib takut tersinggung perasaan Sue tentang adik angkatnya yang aku perkatakan tadi.

”Wahid mintak maaf ye Sue. Bukan maksud Wahid untuk mengata adik angkat Sue sampai macam tu sekali.” tambah ku.

Namun Sue hanya tertunduk sahaja. Aku biarkan  Sue dengan lamunannya untuk mencernakan kata-kata ku tadi.

”Wahid, andai Wahid diketemukan dengan seseorang yang sudah tidak ada daranya lagi apa Wahid  rasa?” soal Sue lagi.

”Sue, manusia mana yang sempurna? Kesilapan akan pernah berlaku pada tiap-tiap manusia. Andai Wahid diketemukan dengan seseorang yang telah hilang kesuciannya, Wahid terima. Tidakkah orang yang berdosa dan ingin berubah itu lebih baik dari yang masih ada daranya dan kemudian berasa teringin untuk melakukan zina, walau dah berkahwin. Zaman sekarang banyak cerita mengenai isteri curang dan sebagainya. Siapa yang tahu?”

” sesungguhnya lebih hina seseorang itu melakukan kesilapan yang sama berulang kali dengan disedarinya.” tambah aku lagi.

”Wahid ni baiklah. Bertuah siapa yang dapat Wahid nanti.” Sue seperti mendapat semangat dengan kata-kata ku sebentar tadi.

”Wahid ni jahat la, kalau tak kenapa Sue belajar kickboxing sebab nak terajang Wahid bila Wahid usik Sue?” balas ku berseloroh.

”tu lain.”balas Sue ringkas.

”lain macam mana?”

”kalau Wahid usik sampai Sue nangis baru Sue terajang.” katanya.

”maknanya usik sikit-sikit tak apalah ye?”

”nak kena terajang?”

”hehehe. Wahid ketis kuda.” balas ku sambil menunjukkan gesture tepisan.

”hiii... bahaya dengan Wahid ni, bahaya.”

Kami  tertawa panjang, sehingga lupa tujuan kami ke situ. Sue ingin meminta bantuan aku untuk mencari laman web yang sesuai untuk rujukan projek pengiklanannya, dan ingin mendapatkan khidmat nasihat aku mengenai seni reka tampak yang sesuai untuk projeknya. Aku pun sama terikut dengan arus gelak tawa Sue yang begitu menyenangkan sanubari ku.



No comments:

Post a Comment