Mar 5, 2011

WAHIDDUL RIJAL-BAB 2, scene 7 (indah,,,,terasa indah.... )




Lama juga aku dan Sue menunggu makanan yang kami pesan. Sesekali aku perhatikan Sue menyedut sedikit demi sedikit milo ais kegemaran di hadapannya. Aku perhatikan setiap perlakuannya tanpa berkata sepatah pun. Wajahnya yang putih kemerahan tak jemu untuk ku tatap. Bibirnya bak delima merekah, matanya bersinar-sinar dihiasi bulu mata yang melentik, keningnya lebat, hidungnya tajam terletak. Indah, terlalu indah.

Rugi untuk tidak ku tatap sepuas-puasnya. Sue kemudian meletakkan semula gelas ke meja. Tangannya disilangkankan di atas meja hadapan ku. Diketuknya meja mengikut irama muzik yang berkumandang di seluruh pelusuk kedai nasi kandar itu. Mungkin sudah bosan menunggu makanan yang dipesan beberapa minit lalu.

Aku tak mahu memulakan apa-apa perbualan, agar aku berpeluang untuk menatap wajahnya yang bujur sireh itu. Bila kami berbual, Sue suka merenung tepat ke mata ku dan aku biasanya melarikan pandangan ku ke tempat lain. Aku segan untuk bertentang mata dengannya. Jadi lebih baik aku berdiam saja dan menatap wajahnya sepuas-puas hati ku. Alangkah indah ciptaan Allah S.W.T untuk tatapan ku.

Sue cukup sempurna bagi ku, perwatakannya, percakapannya, dan kelembutan bahasanya yang teramat ku kagumi. Aku suka bila Sue menyebut nama penuh ku. Sue selalu menyebut nama penuh ku dengan suara yang lembut. Aku rasakan aku cukup berharga baginya apabila setiap kali dia menyebut nama ku.

”Muhammad Wahidul Rijal bin Sha’roni... kenapa tengok Sue macam tu?” tanyanya sambil memberikan senyuman yang manis kepada ku.

”ermm... tak ada apa-apa, cuma hairan, ada juga perempuan yang cantik macam Sue nak keluar dengan Wahid.” kata ku perlahan.

”eh, ye ke?” tanya Sue sambil tersenyum.

”Wahid ni dah la tak lawa, kacak jauh sekali.” tambah ku lagi merendahkan diri.

”eleh...! tak payah la nak merendah diri pulak, bukannya Sue tak tau wahid ni ada banyak peminat.” balas Sue.

”eh, Wahid tak tahu pulak ada orang minat dengan Wahid, kenapa cemburu ke?” duga ku.

”tak ada maknanya nak cemburu, kalau Wahid ada perempuan keliling pinggang pun Sue tak hairan. Sue pun boleh cari ramai lelaki.” katanya lagi seperti mahu menduga tahap kecemburuan ku.

”kalau macam tu, susah la nanti nak keluar jalan-jalan ke, makan-makan ke dengan Sue.” balas ku.

”kenapa Wahid suka keluar dengan Sue?” soalnya.

Aku terdiam agak lama memikirkan jawapan yang paling sesuai untuk aku berikan. Dalam sedang memikirkan jawapan yang patut aku jawab, makanan yang kami pesan sebentar tadi tiba. Dihidangnya makanan di hadapan kami. Aku kemudian memandang kepada mamak yang menghantar hidangan tersebut lalu senyuman yang manis ku beri.

”rome nandre” kata ku pada mamak tersebut.

”nandre” balas mamak.

Sekarang tak perlulah aku menjawab soalan yang diajukan kepada ku sebentar tadi. Tak perlulah aku berbohong pada Sue dengan jawapan-jawapan yang berbelit-belit. Aku menarik pinggan mee goreng dan letakkan di depan Sue. Kemudian aku tarik pula pinggan nasi beriani berlaukkan ayam goreng dan kuah campur ke depan ku.

”Bismillah... makan?” jemput ku pada Sue.

Belum sempat aku menyuap nasi dengan tangan ke mulut ku, Sue lebih dulu memegang tangan ku dan menarik ke arahnya mulutnya. Dia lalu makan dari suapan ku. Aku melihat sahaja, pelik juga. Sepanjang perkenalan ku dengan Sue tak pernah sekali pun dia berkelakuan seperti ini, yang membuatkan aku terkedu seketika adalah disebabkan tangan ku disentuh jari-jemarinya yang amat halus dan lembut ku rasakan. Aku muncungkan mulut ku menampakkan seperti sedang merajuk, dengan berbuat begini aku dapat sembunyikan betapa terperanjatnya aku dan bertapa sukanya aku apabila dia bergelagat seperti kekasih aku.

”Wahid yang suruh Sue makan kan tadi?” katanya

”uuhf! Tak mau kawan.” balas ku mengada-ada.

”alalala...jangan la merajuk... ’meh’ Sue suapkan Wahid pulak”  pelawanya.



Aku ngangakan mulut ku. Sue mengagah-agah sudu ke mulut ku, mengusik. Aku memoncongkan mulut lagi, menampakkan yang aku merajuk lagi. Sue sambil tersenyum terus suapkan aku dengan memandang tepat ke arah ku.

Bahagia ku rasakan ketika itu, tapi tak aku tahu maksud perlakuannya sebentar tadi. Hanya bermain-main, atau sebaliknya. Namun ku rasakan sungguh bahagia saat itu. Sambil mengunyah makanan yang disuapnya, aku memandang tepat ke dalam anak matanya. Bila mata bertentang Sue cepat-cepat pula mengalihkan pandangannya ke pinggan mee goreng di hadapannya dan menggaul-gaul  mee dalam pinggan tersebut dengan tujuan untuk menyejukkan.

Ku perhatikan saja tingkah laku Sue, tanpa berbuat apa-apa. Sue kemudian memandang ku, apabila disedarinya aku masih memerhatikannya, Sue meletakkan sudu dan garfu. Kemudian dia menyembunyikan kedua tangannya ke bawah meja.

” La...kenapa ni?” tanya ku.

”Wahid asyik tengok Sue je,macam mana Sue nak makan?” balasnya memuncungkan mulutnya yang monggel.

”ok,ok Wahid tak tengok.” kata ku.

Sue kemudian tersenyum dan kemudian aku terus makan dan buat-buat seperti tiada apa yang berlaku. Sue masih menggaul-gaul mee goreng di hadapannya dan dengan sopan makan makanan yang terhidang untuknya. Aku sesekali mencuri pandang padanya.

Alangkah indahnya hari ini. Aku tidak menyangka dia akan berkelakuan seperti itu kepada ku. Tak pernah sekali-kali aku mimpikan untuk mendapat layanan sedemikian darinya jauh sekali mengharap. Hari ini aku rasakan berbeza sekali dari hari-hari sebelumnya. aku kemudian tersenyum sendiri mengingatkan peristiwa tadi.

”heh..” aku tertawa kecil.

”kenapa?” tanya Sue.

Aku hanya menggelengkan kepala tanpa berkata apa-apa untuk menjawab. Aku terus tersenyum dan makan seperti biasa sambil diperhatikan Sue yang masih ternanti jawapan dari ku.

”Sue... terima kasih.” Bisik hati ku.


‘Looking up at that star shining far off in the distance,
I think about the fate that brought us together.’
‘You touched my hand, pretending it's not a big deal,
all you do is smile.’
‘When my feelings grow stronger,
my doubts also increase in numbers.”
‘So, don't let go of the heart you embrace,
no matter what happens!’
‘If the one and only you in this vast universe,
 is just to be by my side.’
‘Then the hand of a broken clock will,
slowly begin to move towards the future.’

‘please…  Stay the way you are...’


“apa perasaan mu yang sebenar terhadap ku?” bisik hati ku lagi.


No comments:

Post a Comment