Mar 23, 2011

WAHIDDUL RIJAL- AKHIRAN BAB 2, scene 12 ( perenggan baru )



Sedar tak sedar sudah setahun berlalu dari hari terakhir aku bertemu dengan Sue untuk menyatakan yang aku akan pulang semula ke kampung halaman ku di Kedah dan bekerja di sana. Kami masih berhubung sebagai saudara yang. Namun susah untuk aku melupakan kenangan aku bersama Sue. Susah untuk aku lupakan yang aku pernah mencintainya. Pernah aku berputus asa untuk mencari yang lain, pernah aku menganggap cinta itu hanya satu penderitaan. Namun aku sedar semula bila aku fikirkan tentang eloknya ketentuan Allah untuk hambanya yang tiada daya dan upaya ini.

Mungkin tanpa kehadiran Sue dalam hati aku, aku tak akan sekuat ini untuk meneruskan kehidupan sebagai pengkarya.

sekarang aku bekerja sebagai senior designer di sebuah syarikat pengiklanan melalui internet di Seberang Prai Pulau Pinang. Aku dapat bekerja di sini dengan bantuan seorang rakan. Aku sekarang berkarya secara sambilan dan aku dapat lihat karya-karya ku lebih bermutu berbanding dulu, kerana aku ada masa yang banyak untuk memulas-mulas otak untuk mandapatkan idea-idea baru, dan ilham yang aku dapati sewaktu tanpa perlu susah-payah untuk aku fikirkan.

Alhamdulillah, aku bahagia dengan cara hidupku sekarang ini. Walau kadang-kadang ada juga dugaan yang menimpa. Namun tak sebesar dugaan yang datang melalui Sue pada aku.
Ikhlas aku katakan yang Sue paling susah untuk aku lupakan berbanding yang lain-lain sebelumnya, walau cara aku terpisah dengan mereka termasuk Sue sendiri adalah disebabkan orang ketiga. 

Pernah untuk aku bukakan hati ku pada orang lain, tapi  semua itu aku sedari kemudiannya hanyalah satu paksaan tanpa keralaan hati nuraini ku. Aku tidak boleh bercinta bila hati ku tidak merasakannya. Aku tidak boleh untuk menipu diri sendiri, dan aku tidak mahu menjadi penipu. Aku tidak mahu memperbodohkan diri aku sendiri, walau ada yang pernah aku cuba bukakan hati ku untuknya tampak kesungguhannya pada ku. Aku terpaksa walau pahit untuknya dipisahkan oleh aku.

Aku mohon kemaafan dari mu wahai sang penanti yang setia.
Aku tidak rasakan bahawa jiwa ku waktu ini adalah untuk mu.
Andai ada jodoh mu dengan ku bila tiba masanya,
Aku terima sepenuh hatiku untuk kamu.

Maafkan aku, Sang Setia.
Maafkan aku, Sue.
Aku tak dapat melupakan mu.

Mungkin ada yang lain yang telah ditentukanNya untuk ku.



No comments:

Post a Comment