Apr 10, 2011

WAHIDDUL RIJAL- BAB 3, scene 4 ( indahnya bila bertenang )



”sejak bila kau tahu tentang pekara ni?” tanya Zalina memecahkan keheningan dalam kereta sejak dari tadi.

”aku dah syak lama dah, tapi petang tadi aku terdengar kepala penyamun tu ada berbincang dengan ’second bos’ pasal pekara ni. Jadi usaha aku kumpulkan bukti-bukti selama ni tak salah dari tujuan sebenar” jelas ku.

”kenapa baru malam ni baru kau nak bongkarkan?” tanya zalina lagi.

”selama ni kau orang semua terlalu percayakan penyamun tu kan?”

”Mat, ada tak aku pernah bukakan sedikit pekara ni pada kau?” tambah ku lagi.

”ada” balas Mat.

”aku ada cuba untuk beritahu Mat, tapi aku tak terangkan semuanya kerana aku perlukan cukup bukti. Aku sebenarnya ragu-ragu dengan apa yang aku buat kalau-kalau tak betul jangkaan aku, tapi petang tadi semuanya jelas. Kalau aku ada rakamkan perbualan mereka petang tadi tak mustahil aku akan buat laporan polis.” jelas ku lagi.

Keadaan menjadi sepi kembali. Mungkin ada sesuatu yang mereka fikirkan dan aku sudah dapat mengagaknya jadi aku sudah pun membuat persiapan untuk mereka.

”lepas ni apa kau nak buat?” tanya Zalina pada ku lagi.

”aku akan balik  ke Kedah.” balas ku. Mereka masih mendiamkan diri.

”kamu semua macam mana?” soal ku pula.

”tak tahulah apa yang patut Ina buat?” balas Zalina dengan suara yang seperti mahu menangis.

” jangan bimbang Ina, Mat, Ani. Aku dari petang tadi dah bersedia. Nah ambil seorang seratus.” kata ku sambil menghulurkan enam keping wang bernot RM50 kepada Mat yang berada di sebelah tempat pemandu.

”aku tahu kita semua tengah susah, jadi petang tadi lepas aku dengar perbualan penyamun-penyamun aku terus ke kedai seberang jalan untuk jual ’handset’ aku. Aku tahu kita semua perlu wang untuk pulang.” tambah ku lagi.

Keadaan dalam kereta tiba-tiba menjadi hiba dengan suara tangisan Zalina yang teresak-esak perlahan. Aku sedia maklum situasi Zalina sebagai anak sulung dari lapan orang adik beradik yang serba kekurangan di sana, datang ke sini untuk mencari pekerjaan yang dapat memberikan rezeki halal untuk membantu keluarganya.

Aku yang agak terharu cuba tahankan air mata dari gugur. Kemudian giliran Ani pula teresak-esak sambil Mat memujuknya.

Hmmm... dunia ini banyak dugaannya. Aku mesti ingat yang semua adalah dari yang ‘Haq’. Aku harus bersabar dalam semua keadaan, tapi demi untuk yang tidak memahaminya aku terpaksa bertindak secara nyata. Pesan guru agama ku, syari’at dan hakikat. Aku dengan segalanya bantuan dari Allah ta’ala telah dapat menyelesaikan kemelut ini.


“esok pagi aku akan jemput kamu berdua. Aku akan hantarkan ke stesen bas. Pukul 7 pagi tepat aku sampai sini.” Kata ku kepada Ani dan Zalina yang baru turun dari kereta.

“terima kasih Wahid.” Kata Zalina dan mereka berlalu dari situ menuju ke dalam rumah. Aku tunggu sehingga mereka masuk ke dalam rumah dahulu kemudian baru aku dan Mat pulang ke rumah yang kami inap sepanjang dua bulan di sini.

Sesampai di rumah aku meminta Mat agar segerakan persiapan untuk minggir dari rumah ini. Aku dan Mat yang tinggal sebilik mula mengemas apa yang patut kerana tidak mahu melengahkan masa yang ada. Oleh kerana aku sudah berjanji yang aku akan menjemput Ani dan Zalina awal pagi esoknya, jadi eloklah agar disegerakan persiapan supaya tidak terlewat dari masa yang dijanjikan esoknya.  

Dalam sibuk mengemas dari jauh aku dengar deruan kereta teman serumah yang lain tiba, namun tak pula aku perasan bunyi deruan kereta Fitri sampai bersama mereka. Selalunya mereka berempat bersama-sama ke mana sahaja. Sedangkan datang bekerja di sini pun berempat. Fathi, Angah dan Epol naik masuk ke dalam rumah sambil merungut-rungut, kuatnya sehingga aku dan Mat yang berada di tingkat atas pun dapat mendengarnya dengan jelas.

Rungut dan makian yang ditujukan kepada Abang Man itu semakin kuat kedengaran apabila mereka berada di tingkat atas. Rungutan itu bagi ku wajar kerana mereka yang selama ini bertungkus lumus bekerja dan akhirnya ini yang mereka dapat dari kesungguhan dan kesetiaan yang mereka berikan pada Abang Man.

”hang dah siap kemas ke?” tanya Epol dengan suara yang agak senada dengan nada rungutan sebentar tadi.

”belum sedikit saja lagi.” balas ku sambil tersenyum kepadanya.

”kami pun nak ’blah’ dari sini. Hah hangpa nak kerja dengan kami tak? Kami bertiga rancang nak buka syarikat sendiri di Kedah nanti, nak tak? Tanya Epol.

”ada kerja ke? Siapa yang tak mahu?” balas Mat yang sedikit teruja.

” kalau hangpa nak kerja nanti kami akan bagi jawatan ’marketing executive’. Aku, Angah dengan Fathi dah lama juga bercadang nak buka syarikat sendiri. Kita buat ’sale’ untuk syarikat telekominikasi, hangpa nak?” terangnya.

Nampaknya mereka bertiga pun sudah buat persediaan dari awal. 
Aku dengan baik menolak ajakan mereka bertiga, bagi aku kerja ’marketing’ tidak cocok dengan aku. Aku juga ada mengusulkan agar Ani dan Zalina diajak bekerja bersama dengan mereka, hal rumah sewa aku boleh bantu. Buat sementara mula untuk memulakan penubuhan syarikat mereka elok untuk Ani dan Zalina pulang dulu ke kampung masing-masing.

 Aku akan beritahu mereka esok pagi mengenai hal ini. Mat pula bercadang untuk terus bersama ke Kedah kerana Angah sudah memberikan lampu hijau untuk Mat tinggal di rumahnya.

Aku berharap mereka akan berjaya dalam apa yang mereka impikan. Aku pula tidak tahu lagi arah tujuan ku selepas ini. Seharusnya pekara pertama yang aku lakukan adalah memaklumkan dahulu pekara ini kepada rakan aku yang menyarankan aku agar bekerja dengan Abang Man. Aku tak mahu nanti ada cerita yang tak baik sampai ke pengetahuannya dari Abang Man.soal pekerjaan akan aku fikirkan kemudian.

Rungutan mereka bertiga masih rancak sambil berkemas untuk berambus dari sini. Aku kadang-kadang merasakan lucu juga terdengar rungutan-rungutan mereka bertiga. Ada saja salah Abang Man yang selama ini dihormati bagai seorang ’guru’ dan yang senantiasa memberikan ceramah-caramah motivasi kepada mereka diperkatakan bagi menelampiaskan kemarahan yang sudah terpendam sudah berapa lama tak dapat aku teka.

Selesai berkemas semuanya kami berlima berehat sambil bersembang-sembang mengenai pekara ’hangat’ ini di ruang yang menjadi medan pertemuan antara tiga bilik yang berada di tingkat atas. Ada sahaja idea yang dijadikan modal untuk memaki, menghamun, dan menelampiaskan kemarahan masing-masing.

Aku yang lebih suka berdiam dari bercakap mengenai pekara yang tidak sepatutnya hanya mendengarkan sahaja segala keluhan yang diluahkan. Dalam hangatnya sesi mengkritik Abang Man, terkeluar pula mengenai Fitri yang selama ini tidak aku ketahui. Sekarang baru aku tahu yang dulu mereka berempat bekerja di tempat yang sama dan Fitri juga pernah pecah amanah tanpa diketahui majikan mereka.

Pada asalnya mereka bertiga tidak rapat dengan Fitri, tapi setelah syarikat tempat mereka bekerja tutup atas sebab yang tidak aku ketahui, Fitri mula menjadi rapat dengan mereka bertiga. Selalu berkunjung ke rumah mereka, walau tidak pernah sekali pun Fitri ke rumah mereka semasa Fitri menjadi pengurus atau ’chief  kepada mereka dulu.

Sedang asyik mendengar keluhan masing-masing, ’chief’ tiba dengan kuat deruman keretanya dapat aku dengar seperti sedang tergesa-gesa. Pintu kereta dihempasnya dengan kuat.

”hmm...” terkeluar keluhan itu dari ku yang dapat merasakan yang aku adalah penyebab kemarahannya ketika itu.
Alamat yang aku akan diapa-apakan sudah aku rasakan sejak dari aku sampai ke dalam rumah ini. Namun pada waktu itu aku tidak tahu siapa, tapi sekarang aku rasa aku tahu siapa. Setelah pintu yang tidak berkunci itu dibuka, satu jeritan yang kuat dilaungnya untuk melepaskan geramnya. Pintu rumah dihempasnya dengan kuat.

”dia ni tak tahu ke yang orang sebelah dah tidur?” kata Epol perlahan.

Kami berlima yang diam bila mendengar jeritan Fitri tadi kembali berborak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dari bawah dapat kami dengar tumbukan dan tendangan yang dilepaskan ke dinding bertubi-tubi. Aku seperti biasa mendiamkan diri dan pejamkan mata untuk ’menyediakan’ diri dengan sebarang kemungkinan.

”Wahiiid...!” jeritnya dari bawah dengan kuat.

Nama ku sudah dipanggil, maka benarlah jangkaan ku sebentar tadi. Namun apa sebab musabab untuk dia marah akan aku. Mungkin perkataan penyamun yang aku tujukan kepadanya semasa aku bercakap dengan Abang Man tadi, dan itu hanyalah ’spark’ untuk segala rasa tidak puas hatinya sejak dulu.

Aku tenang sahaja. Aku tidak berganjak dari tempat aku duduk bersila itu. Aku mesti tunggu sehingga dia datang dan mencari aku yang berada di tingkat atas. Muka Mat, Epol, angah, dan Fathi masing-masing sudah pucat aku lihat. Mata mereka masing-masing terbeliak memandang ke arah ku. Aku diamkan  diri sahaja sehingga Fitri yang datang kepada aku.

”Wahid!” jeritnya lagi

oleh kerana tidak disahutnya aku panggilannya, dia lantas naik ke atas dengan menghentak-hentakkan kaki di tangga.

”kenapa hang takut ke?” tanyanya dengan suara yang dikeraskan.

”takut apa ni, saya tak ada buat salah apa-apa pada encik Fitri, kenapa perlu saya rasa takut?” balas ku dengan tenang.

”hang dah panggil aku penyamun depan Azizah tadi, hang kata tak ada apa-apa?” balasnya.

”haha, sebab tu ke? Saya rasa kalau saya tak sebut pekara tu pun, orang lain sedia maklum yang ”chief’ ni memang penyamun. Dah terang-terang Abang Man ada sebut tadi kan?” balas ku sambil tersenyum sinis kepadanya.

Sengaja aku simbah minyak ke bara dalam hatinya, kerana dengan ini akan membuatkan dia hilang pertimbangan yang waras dan senanglah untuk aku hadapi segala yang bakal tiba. Orang yang waras adalah lebih susah untuk ditumpaskan.

Fitri kemudian menjerit dan kemudian satu tendangan dari arah kiri dengan kaki kanannya dilepaskan ke arah telinga kiri ku. Aku yang sedang bersila tidak mengelak kebelakang, tapi aku gerakan sedikit badan ku kehadapan agar bahagian sasaran tendangannya tidak mengena.

Tendangan yang sudah aku jangkakan itu aku tangkis dengan serangan juga, aku melepaskan tumbukan ’sauk’ ke bahagian lutut kakinya yang menendang dengan tangan kanan. Dapat aku dengar bunyi sendi lututnya patah. Sebelum kembalinya kaki yang biadap itu jatuh ke lantai, aku lantas menendang lutut kaki yang satu lagi dengan kaki kanan. Terjelepuk jatuh ’Si Pitung’ sambil mengerang dengan memegang ke dua belah kaki yang sudah patah itu. Aku kemudian bangun dan memerhatikan sahaja keadaannya seperti burung yang patah kedua sayap itu menggelupur.

”kaki tu tuhan beri untuk buat kebajikan. Kalau dah biadap sangat, macam ni saja pengajaran yang dapat orang macam aku beri.” kata ku kepada Fitri. Selama ini dia tidak tahu yang aku ini tahu serba sedikit ilmu mempertahankan diri, kerana dari awal pertemuan lagi aku rasa lebih baik aku tidak bercakap yang aku ada belajar serba sedikit ilmu-ilmu mempertahankan diri.

Allah tidak membukakan mulut ku untuk memberitahunya yang aku juga pecinta seni silat adalah dengan tujuan untuk hal hari ini, agar Fitri merendah-rendahkan aku. Alhamdulillah. Segalanya selamat.

Esok adalah hari yang sibuk bagi aku, aku akan membuat laporan polis dengan meminta bantuan mereka yang ’terkedu’ ini untuk menjadi saksi atas pekara yang terjadi. Biarlah dia menggelupur di situ sampai esok pagi.

”letih ’karang’ kau senyap lah” kata ku dalam hati.

No comments:

Post a Comment