Feb 28, 2011

WAHIDDUL RIJAL-bab 2, scene 1 (Sue)


”Wahid macam merendah-rendahkan kemampuan Sue je?” suara Sue sedikit tinggi masih cuba menegakkan pendiriannya.

”Wahid tak ada niat pun nak rendah-rendahkan kemampuan Sue, cuma...”

”Sue ni lembut sangat ke?” Pintas Sue sebelum sempat aku habiskan kata-kata.

” Bagi Wahid ok je.”

“ Wahid sokong dengan keputusan Sue, cuma Wahid kurang setuju sikit tentang apa yang Sue pilih” aku cuba untuk menyampaikan pendirian aku.

Aku sokong jika Sue nak cuba sesuatu yang baru dalam hidupnya tapi pilihan yang aku rasakan kurang cocok dengan kelembutan yang ditonjolkan Sue sejak perkenalan kami dulu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Memang kami bersaudara, tapi kami tak pernah kenal sehingga satu hari aku ditegur oleh suara lunak yang tiba-tiba menyapa ketika aku sedang rancak bersembang dengan rakan-rakan serumah ku di sebuah restoran nasi kandar berdekatan dengan pusat pengajian tinggi tempat Sue belajar. Ternyata suara itu datang dari seorang perempuan yang kulitnya putih kemerahan, sederhana tinggi orangnya dapat ku agak walau dia sedang duduk. Dia yang sejak dari tibanya aku di restoran itu, asyik memerhatikan aku sehinggalah aku ditegurnya. Aku mulanya agak kaget kerana aku agak malu dengan perempuan yang tak aku kenali.

“awak cucu Tok Ngah Merah kan?” Tanya gadis yang bertudung putih itu yang sedang duduk di antara dua rakannya bersebelahan dengan meja tempat aku dan kawan-kawan ku berlabuh.

“eh…!!? Ya saya.” Balas ku ringkas, sambil masih terpinga-pinga mengapa gadis yang tak pernah aku kenal dan tak pernah aku jumpa boleh tahu aku cucu Tok Ngah Merah. Sedang kawan-kawan ku sendiri tak tahu siapa nama datuk aku.

“saya rasa kita pernah jumpa masa perhimpunan keluarga di Bukit Pinang hari raya ke-3 lepas” dakwanya.

Namun aku tak ingat yang aku pernah berjumpa dengan gadis ini waktu majlis perhimpunan keluarga yang aku hadiri pada hari raya lepas.

”eh maaflah saya tak perasan la masa tu, masa tu saya cuma hadir untuk jumpa dengan ayah saya je. Tak perasan pulak saya pasal cik.”

Keluarga sebelah ayah ku agak besar saiznya. Hari majlis tersebut cuma aku yang dijemput dari sebelah keluarga ku atau dari sebelah ibu ku. Aku gagahi untuk hadirkan diri pun atas jemputan dari mak su ku. Ikutkan hati aku tak mahu hadir kerana terasa terhina selepas peristiwa yang berlaku antara ayah dan ibu ku. Keluarga sebelah ayah seolah menyingkir aku adik beradik dan yang paling teruk menerima hukuman ialah ibu ku. Aku tak peduli kalau aku dihina, dicerca, tapi bukan ibu ku.

Pertemuan aku dan ayah masa tu tenang saja. Aku diperkenalkan dengan ibu tiri ku, isteri baru ayah yang menjadi watak utama dalam perpecahan keluarga ku. Waktu tu aku seolah dipujuk ayah dengan menceritakan asal-usul keluarga aku yang tak pernah aku ketahui sebelum ini. Ayah perasan ekspresi muka ku yang tak berapa suka dengan tindakannya yang menuduh ibu ku dengan pelbagai cerita yang tak sedap telinga ku mendengarnya lalu dibukanya cerita mengenai keturunan ku.

Kata ayah keturunan keluarga ku berasal-usul dari seorang panglima kesultanan kerajaan Islam dari Yala di selatan Thai yang telah berhijrah ke Sik Kedah kerana sebab yang tak aku ketahui hingga kini. Panglima Salleh Gajah Putih adalah gelaran moyang ku itu. Kata ayah aku adalah waris laki-laki yang berdarah panglima setelah ayah. Ayah anak laki-laki tunggal Tok Ngah Merah. Kata ayah, aku adalah waris laki-laki tunggal sangat cenderung ke arah seni persilatan berbanding saudara-mara laki-laki ku yang lain. 

Aku mendengar dengan tekun pada mulanya kerana aku agak takjub dan bangga apabila mengetahui yang aku ini ada berdarah panglima. Namun bila difikirkan kembali, ada apa pada darah dan darjat keturunan sedang pada Allah tiada dipandang sedikit pun pada darah keturunan, darjat, harta dan rupa. Hati yang bersih, bersujud kepadaNya dan selalu mengesakan kedudukanNya sebagai ’Rabbul’alamin’ sahaja yang dipandang atas sifat-sifatNya yang Maha suci.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
”Wahid...?”

”kenapa tiba-tiba je diam?” tanya Sue yang tampak agak terpinga-pinga kerana aku tiba-tiba diam dalam rancak berdebat tentang pilihan yang baru diusul Sue pada aku sebentar tadi.

”eh... maaf.” pinta ku ringkas.

”Wahid rasa Sue ni lembut sangat ke?” tanya Sue lagi.

”Wahid suka kalau Sue nak sertai beladiri, tapi kenapa tak pilih yang datangnya dari ilham nenek moyang kita sendiri?” tanya ku.

”ala... Sue tengok dia orang buat persembahan kat kolej hari tu ’best’ la.” jawab Sue.

Aku terfikir adakah hanya dengan pertunjukan aksi seperti aksi ’stunt’ di TV itu dapat digunakan diluar semasa hadapi keadaan pertarungan sebenar. Aku terkadang terkenang apa nasib beladiri warisan nenek moyang ku yang mana orang asing berebut hinggakan sanggup bergadai puluhan ribu untuk dapatkan ilmu silat, sedang anak bangsa sendiri asyik masyuk dengan aksi lagak ngeri yang sering dipertontonkan pada mereka. Mana kesedaran mereka? Mana rasa tanggungjawab mereka pada hak mereka sendiri?Mana identiti mereka?

”Wahid kalau tak nak temankan takpe lah, Sue pergi sendiri je?” rungut Sue pada ku.

”eh merajuk pulak dia. Ok, Wahid boleh temankan dengan satu syarat Sue kena jawab soalan ni dulu.”

”apa?”

”tujuan sebenar Sue nak join ’kickboxing’ ni atas sebab apa?” tanya ku serius.

”nak pertahankan diri la, Sue nak jadi kuat. Nanti kalau Wahid nak usik-usik Sue boleh Sue terajang. Hahaha.” balasnya bercanda.

Aku akur untuk temankan Sue ke kelas pertamanya hujung minggu ni. Aku seolah tak dapat untuk menidakkan kehendaknya, aku lebih suka menurut apa jua kehendaknya, kerana dia bagaikan seorang anak yang amat manja dengan ayahnya. Mustahil untuk ayah menidakkan permintaan yang munasabah dari anaknya. Kadang-kala aku rasa aku terlalu menurut, terlalu memanjakan Sue, tapi aku tak suka bila dia merajuk, aku boleh jadi tak tentu arah kalau tiba-tiba Sue merajuk atas sebab ketidakarifan aku tentang kehendak seorang perempuan. Rumit, sangat rumit. Jadi aku turuti apa jua kehendaknya.
                                                                            
                                                                                Rumit.




No comments:

Post a Comment