Feb 27, 2011

WAHIDDUL RIJAL-bab 1(mula kalam)

"".......tidak sanggup jadi penyebab Kak long dicaci, dimaki-hamun abang long. Aku menjadi penyebab Kak long menjadi mangsa herdikan dan cacian, bahan sepak terajang abang long yang sejak dari mula aku menjejakkan kaki ke rumah mereka. Aku akan berusaha untuk meneruskan cita-cita aku untuk memberikan kesenangan kepada Kak long kelak.
Kak long banyak berkorban untuk kami adik beradik, cuma kakak-kakak ku yang lain tidak tahu mengenang budi dan pengorbanan seorang kakak yang banyak membantu untuk menjadikan mereka terhormat di mata masyarakat seperti sekarang. Kak long lah yang sama-sama membantu meringankan beban ayah dan ibu menoreh getah setiap hari untuk perbelanjaan kami sekeluarga dan mengorbankan persekolahannya sampailah dia diijab kabulkan dengan abang long.
Sesekali aku terfikir, bila aku dah senang nanti aku nak Kak long hidup dengan aku. Biarkan abang long seorang. Ustaz Kamil selalu berpesan itu qada dan qadarNya, kita kena redha dengan apa yang diberi. Aku harus bersabar.
Aku akhirnya tersentak dari lamunan, aku dah tiba di kota Kuala Lumpur yang penuh onak dan liku dalam mengejar impian aku. Hentian puduraya aku jejak setelah aku mendapat lamaran untuk bekerja dengan sebuah badan kesenian yang sedia menerima kepakaran aku dalam seni ini dengan bantuan seorang kawan. Aku akan berusaha bersungguh-sungguh demi Kak long dan demi mencari siapa diri aku. Bermulalah hidup ku di sini........ ""


”aaarghhh...!”

”bosannya...!”

”tak menarik langsung jalan cerita macam ni, aku nak tulis cerita lain jadinya cerita lain.”rungut aku sendirian.

Ku tuju  ke ruang tamu rumah sewa yang ku tumpang dan sama-sama membayar sewanya sejak  dua bulan lalu bersama rakan-rakan yang lain. 
Ku hempaskan punggung ke sofa. 
Keluhan keluar dari mulut ku. 
Aku cuba menulis mengenai kisah seorang pemuda yang ada kebolehan yang agak luar biasa dari orang lain, menjadi penyelamat kepada yang memerlukan iaitu wanita-wanita yang memegang peranan sebagai watak-watak utama dalam hasil tulisan tersebut, dan dalam masa yang sama dia cuba untuk mencari siapa dirinya. Melalui tulisan ini aku nak sampaikan makna ketuhanan yang aku sendiri masih tercari-cari, makna rasa kasih, hormat, makna mengenang jasa dan rasa cinta yang luhur dari apa yang aku belajar, tapi macam sudah melampau-lampau aku rasakan cara gaya ceriteranya.

Kecenderungan aku untuk menulis karya yang sedemikian adalah kerana sikap manusia sekarang lebih bertuhankan diri sendiri berbanding Allah ta’ala, walau di bibir mengungkap kalimah, berkata mengenai Islam, mengaku sebagai seorang muslim, mukmin, hamba, namun hanya sekadar di mulut sahaja atau sekadar hipokratis sesama manusia. Aku ingin berkongsi dengan orang-orang yang terpilih dan terbuka mata hatinya dan ingin cuba mencari di mana terletaknya diri manusia sebagai hambanya dengan tulisan-tulisan yang seharusnya tidak terlalu mendalam, walau bagi aku ianya harus tiada selindungan.
Aku tak boleh terlalu berterus terang dalam hal-hal yang sebegini, takut-takut tersinggung di pihak yang lain walau ’Berkata benarlah walau ianya pahit’  yang aku pegang selama ini masih terpahat kukuh sebagai prinsip ku. Namun dalam soal ini aku tidak boleh terlalu berterus-terang, kerana aku sendiri masih dalam perjalanan. Aku juga tidak mahu menjadi tempat humbanan pertanyaan yang aku sendiri tidak fahami, kerana bagi aku sendiri 
kulitnya kurang mantap. Aku tak mahu disalah ertikan sebagai pemesong fahaman orang lain dan sendirinya terpesong.

”atau, aku tidak perlu hasilkan tulisan yang macam ini.”

mengapa tidak, ini satu usaha murni dari aku untuk orang lain?”

”bagaimana kalau aku jadi sasaran orang yang akan mengatakan aku ini menyeleweng.”

yakin, yang aku hanya buat benda betul, dan orang yang cuba menyangkal adalah sebenarnya orang yang sesat.”

”huh! Tak semudah itu. Tak mudah untuk aku laksanakan pekara ini. Hasil tulisan aku akan menjadi tatapan ribuan orang, aku akan dikritik semahu-mahunya. Bukan tahap aku sebagai pendatang baru dalam bidang ini untuk dikritik sebegitu rupa, aku perlu sokongan, bukan kritikan yang pedih dan tajam.”

takut dikritik, jangan jadi penulis. Aku kena pandai untuk menangkis semua tohmahan yang dilempar oleh pengkritik-pengkritik yang  pada hakikatnya bukannya pandai, tapi Allah yang memberi kepandaian itu pada mereka, lalu mereka kata mereka yang pandai dan lupa siapa yang beri kepandaian tersebut. Jangan lupa Allah sentiasa membantu walau di mana kita berada, usaha, doa dan tawakal dan ingat semua usaha kita adalah atas nikmat dan karunia yang Allah berikan kepada kita,kita tidak lepas dariNya.”

”hasrat aku memang murni, tapi aku tak mahu jadi bahan yang tak sepatutnya aku jadi. Aku tak mahu dilabel dengan gelaran yang aku tidak suka, aku mahu secara harmoninya aku diterima dalam arena penulisan ini, dan bukan dengan cara mengkritik orang-orang yang jahil. Bahkan mereka jahil pun atas kehendak Allah, atas sifatnya yang berkehendak. Aku tak mahu mereka makin menjauh dengan tulisan-tulisan aku. Bukan semua mereka faham”

”tidakah nanti jadi persoalan bila aku tak dulu mencuba dan harungi onak dan duri kritikan ini. Tak kah ianya satu pembaziran.”

”mungkin ia akan jadi satu pekara yang amat membazir, namun aku harus berhati-hati dalam mengharungi arus dunia yang mencabar ini. Dari aku menyalakan api fitnah, sebaiknya aku berdiam diri dan simpan segalanya dalam hati ku sahaja. Andai telah sampai seru, orang-orang yang mencari akan ketemu juga, tak semestinya melalui aku. Aku tidak berputus asa, aku tak takut pada apa-apa, aku tak mahu ini semua menjadi fitnah dan mereka akan bertambah sesat. Ini bukan caranya.”

”yaaaarrrghhh...!” terkeluar teriakan itu ketika aku melentikkan badan ku kebelakang untuk menghilangkan rasa sengal belikat ku.

Tuala ku capai, terus ku tuju ke kamar mandi. Dari aku terperuk dalam rumah saja baik aku keluar jumpa dengan orang yang bagi aku wajib aku temui setiap hari. Sue anak kepada sepupu ayah ku. Maknanya dia dua pupu kepada aku. Dia masih belajar, rumah sewanya dekat saja dengan rumah sewa ku. Dia menyewa bersama rakan sekuliahnya jadi aku taklah bimbang sangat. Aku memang jaga dan perhatikan setiap gerak-geri Sue. Aku tak mahu dia terjerumus dalam kancah ketandusan nilai-nilai moral yang dah banyak aku saksikan di kota pancaroba ini. Akan aku jaga setakat yang aku mampu. Kadang-kadang aku pelik jugak, aku tak tahu perasaan aku yang sebenar pada Sue. Sepupu, adik... kekasih jauh sekali untuk aku angan-angankan, tapi kalau sehari tak jumpa aku rasakan yang hidup aku hari tu tidak lengkap. Apa perasaan ni? Aku pun tak pasti.

Selesai mandi aku capai telefon bimbit kemudian aku hantarkan pesanan ringkas buat sue. Sedang aku siap-siap, berdering telefon bimbit ku tanda ada balasan khidmat pesanan ringkas yang aku terima.

”ok... ;)” balas Sue ringkas.

3 comments:

  1. ewww..phewit!
    okey.semoga rezeki abg wan bertambah2..dipermudahkan setiap urusan kamu.
    ada rezeki, kita jumpa ya =)

    ReplyDelete
  2. aik.....?
    sekadar novel yg tak siap2 je tu....
    mati je tuan yg tulis ni,tamat la novel ni.....

    ReplyDelete